Thursday, April 2, 2009

~ Rahsia WANITA (wanita shj) ~


.: SALAM :.

Yang mana menggambarkan diri anda ?....

WANITA TANAH

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei) , Virgo(24Ogos- 23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.


WANITA API

Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius( 23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin (kadang2 je)

*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar. (selalu gak la...hhu)

*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu. (pemalu jer....kih3)

*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. (pemurah lagi pengasih...x_x)

*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris. (sorila kalau ada yg terhiris tuu...meh letak handiplust)

*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. (dgr tu kepada yg berkenaan....hhuu)

*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan. hahaha...... (tak B, tak... ehehehhe)


WANITA ANGIN

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).

*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.


Anda wanita yang mana?

Betul atau tidak, terpulang........anda lebih mengenali diri sndiri.....

Tapi aku wanita API........mayb around 80% tu adalah tepat.....

hahaha.......

api berapi...... (^_^)

till then...

.: DAA ~~~ :.

4 comments:

Katijah said...

patut la HOWWTTTT~~~!!!!

haLyZaQiut said...

huhhhh......hott celah mana...

Zulhairy said...

hahahah...Mmmg Hot..Terbakar org kliling dier..Skali ngan B terbakar..Keh3...

haLyZaQiut said...

haha....pndai la ea....
rmh terbakar panggil bomba...
org terbakar panggil pe...?