.: SALAM :."Walaupun kau bersamanya
kau tetap aku yang punya
biar ku telan pahitnya
agar kau bahagia
siang dan malam aku menanti
walau diri ku tak dipeduli
sayang kau tak menyedari
cinta mu ada disini"
**Maaf, lirik lagu yg agak jiwang di sini....**

ok2....post harini berbentuk agak ilmiah sedikit....sja mahu memaksimumkan masa, maka ingin mengarut di blog...(ilmiah ke jiwang?)
sebelum tu, ape yg korang fikirkan tentang tajuk aku kali ni?
yg aku mark kan jadi ##### tu...
xde, sje je nk wat suspen...
tu sbnrnya adalah perkataan J.O.D.O.H....
ya, jodoh.....
Mengapa Lambat Bertemu Jodoh...
xde, td aku baca blog orang ni....so, aku rasa mcm nk share ngan korg tentang dis info.... so, credit to him....tq...
****************************************
Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh?
Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:
1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna.
Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.
2. Belum Benar-benar Bersedia
“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.
Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.
Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.
3. Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.
Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.
4. Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.
5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.
************************************
ok, finish...
mmm, 4 me....
mmg la skrg kita leh ckp "alah xpela...jodoh aku msti cepat punya...aku dh de BF/GF...dia tu xde partner lagi, msti kawin lmbt"...
isshh3....semestinya tidak tepat dgn statemnt tersebut kerana we never know what will happen in our future....rite...
x smstinya org yg bercinta lama tu kawin awal....org yg baru nk bercinta tu kawin lambat...
sebb ni semua urusan Allah....jodoh pertemuan di tangan Tuhan....
ada sebab kenapa jadi begini, tidak jadi begitu.....
semalam my big boss came and since kt org borak2....
aku suka nk memetik kata2 beliau....(lebih kurg la)
"Sebenarnya tanpa kita sedar, kalau kita tgk balik perjalanan hidup kita....banyak yang terjadi bukan mengikut perancangan kita sndiri....x sume bende yg kita nak dalam hidup kita Allah bagi...kadang2 Allah x bagi apa yg kita nk, tapi dia bagi kita yang lain....Tapi pernah x kita terfikir yang setiap apa yang Allah decide utk kita tu, smestinya ITU lah yang TERBAIK utk diri kita...kerana Allah lebih mengetahui setiap yang berlaku...."
means cmnilaa....took an example : kalau kita nak sgt (yg teramat2 mahu) jadi cikgu....kita dh cuba sedaya upaya sehabis baik utk capai gak cita2 utk mnjadi seorang guru tu....tapi tetap x dapat...kita dapat yg lain...cth kerja nurse pulak....mesti dalam hati kita slalu merungut2 "knp Allah x bg aku rezki nk jd cikgu, kenapa, kenapa, sedangkan aku dah berusaha...."
Pernah tak kita fikir ke side yg lain, kenapa aku jadi nurse....msti ada sebab knp aku jadi nurse, x jadi cikgu....
tulah yg dimaksudkan di sini.....
sbnrnya Allah tentukan yg terbaik dalam hidup kita....mungkin kalau jadi cikgu jugak, kita akan dibenci murid ke....yela, kita suka jadi cikgu...x semestinya kita boleh jadi pengajar yg baik....am i rite....
hmm so, bercakap pasal jodoh ni....baru sebahagian kecil je masalah yg kita slalu tgk...byk lagi masalah lain yg sbnrnya kita kena muhasabah diri utk dapatkan jawapan...jgn terlalu mudah blame others...
tetiba aku rasa mood mcm seorang penceramah bebas lak....aku ni sbnrnya menasihati diri aku nii...sje nk share ngan korg....yela, sharing is caring....(^_^)
tp yg pasti, aku rasa betul gak kata boss aku tuu....hidup ni x boleh slalu mngeluh....
kita usaha dulu, doa, pastu tawakal.....kena redha dan ikhlas....hhu...
ok lah....
itu sahaja kupasan yg telah dilakukan....
kita berjumpa lagi pada hari dan waktu yang lain (ala2 al-kuliyah)...
dari aku yang teruja menaip....
.: DAA ~~~ :.