Wednesday, March 4, 2009

~ HAAHAHAHA ~

.: SALAM :.

boring ke....??
jom kita senyum2 sendirian....

--crdit to isuhangatblogspot--


Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : "Ustaz.. Kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya?sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih... "

Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"

Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar,penyayang dan menyintai saya sepenuh hati... "

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B.
'B'yang pertama adalah 'BERUSAHA'...
apakah kamu sudah banyak berusaha?"

Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang...
saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ... .."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yang ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"

Ustaz : "BERCERMIN!"



Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja,datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.
Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa...memang berbeza, yang berharga $1000 itu ialah pencipta lagunya.



1)Kalau pompuan kata : oklah wak,kita sembang lain kali yek.
Maknanya : dah le tu...maleh dah nak sembang ngan ko..boring!

2)Kalau pompuan kata : tak pe,saya tak kisah..
Maknanya : sape kata aku tak kisah?

3)Kalau pompuan kata : kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je
Maknanya : aku memang tak nak kat ko..kalo cakap kang penyek plak muka tu..

4)Kalau pompuan kata : eh....u call ekk?i tak de receive call dari u pun...
Maknanya : memang no ko naik tapi saja aku malas nak jawap



SYED: Tadi lampu merah, kenapa kau jalan aja?

AJOI: Kat kampung aku ni, biasa jer.

SYED: Ni lampu hijau, kau berhenti pulak.

AJOI: Takut terlangar orang kampung aku!Lawak 2



AJOI: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.

SYED: Biasalah tu, "consulation fees".

AJOI: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!



Pak Abdul ingin menjual seekor kambing yang sudah lama dipeliharanya.
Ini terpaksa dilakukannya kerana dia sangat memerlukan wang dan hanya kambing itu sajalah yang dia ada...
Suatu hari Pak Abdul bertemu dengan seorang pembeli...
"Kenapa Pak Abdul ingin menjual kambing ini?" tanya pembeli
"Kerana aku sangat perlukan wang." Jawab Pak Abdul
"Boleh tak kalau harganya diturunkan sedikit?" Tanya Pembeli..
"Tidak boleh.. kerana saya tahu kambing ini adalah yang baik dan setia."
"Bagaimana Pak Abdul tahu yang kambing itu adalah kambing yg setia?"
"Iya.. sudah 5 kali aku menjualnya.. tetapi dia selalu kembali kpd aku."



Lawak pendek 1

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu.

Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya menggunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapa kamu hanya pakai gear 1 sahaja.

Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.

Kawan Tok Batin : ????????



Lawak pendek 2

Ader la sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.
Derma untuk rumah orang-orang tua.
Seorang budak pun membuka pintu.

Budak : Derma ape bang?

Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua.

Adik ada apa-apa untuk didermakan?

Budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.

Lelaki : ?????



Lawak pendek 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?

Siti : Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.

Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak. Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.

Siti : Erkkkkkk........ Benci....


senyum x...??

kalau x senyum tu, x taula...
myb korang mengalami msalah hati dan akal....

ada sifat sakit hati ke, dendam ke, marah ke, benci ke, sedih ke.....(mandai je)


k la....

.: DAA ~~~ :.

2 comments:

_@ZULHAIRY@_ said...

Agak pedih yerk lawak dier....Hahaha

haLyZaQiut said...

pedih...??
kalau pedih kena ketawa...
(^_^)