Wednesday, May 29, 2013

~ Rezeki dari Allah ~

.: SALAM :.

Aku sebagai manusia, hamba Allah yg byk sgt kekurangan kadang kala berasa malu bila Allah S.W.T tidak putus2 mempermudahkan perjalanan hidup dan rezeki aku....
Syukur sangat2....
Atas setiap apa yg dikurniakan kepada aku dan keluarga....

Tahun lepas dan tahun ni aku kira banyak sangat sejarah yg akan aku ingat sampai bila2....
Bermula dengan perkahwinan, dikurniakan zuriat (I'Allah), kemudian 1 1 impian kami suami isteri tercapai walaupun tidaklah sama dan tidaklah sehebat seperti org lain....
Tapi cukup untuk kami bersyukur dan bahagia dengan rezeki yg dilimpah kurniakan....

Sedikit2 menambah keperluan dan harta yg ada menyebabkan kami sentiasa beringat akan perlunya perancangan yg rapi utk masa depan yg baik....
Bersyukur dikurniakan seorang suami yg sgt kuat berkerja....
Mampu menampung segala perbelanjaan aku, sentiasa membuatkan aku beringat agar aku perlu menabung utk keluarga, utk anak2, utk masa hadapan....

Jgn jadi hamba duit tp duit amat perlu utk perbelanjaan harian.....itu lah yg sentiasa ada di dalam fikiran aku....
Tahun ni kami suami isteri rasakan mmg murah rezeki kami.....mungkin rezeki berkahwin agaknya....dan mungkin juga rezeki baby yg mana aku dh pergi scan tp baby very shy nk tunjuk dia baby boy ke baby girl...puas dh Doc tu main2 kacau2 dia....huhu...

Isnin lepas, 27 Mei 2013, Alhamdulillah...1 lagi harta keluarga dah pon masuk ke proses akhir..S&P Agreement dah pun di sain.....2 proses lg sebelum ni berjalan lancar....
Terima kasih ya Allah kerana Kau permudahkan jalan kami.....
Semoga semua urusan berjalan lancar dan seperti yg dirancang....
Dan semoga komitmen baru ini membuatkan kami sentiasa beringat dan tidak leka atas rezeki yg Kau kurniakan......
Dan harap2 kami mampu menggalas komitmen dan tanggungjawap yg lebih besar selepas ini...



*Xpe baby, nnt mama ngan papa gi scan baby lg yaaa.....jgn la malu2 dgn kami nk tunjuk *****  ya..... :D

.: DAA ~~~ :.

3 comments: