Friday, September 7, 2012

~ Apakah Hukum Memakai Inai?? ~

.: SALAM :.

Haii...
Harini saja nak share dgn korang apakah hukum memakai inai mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan / Malaysia...

Sebab saya rasa, ramai gak di antara kita yg terkeliru....apakah hukum memakai inai?? inai bercorak ke, inai biasa ke, lelaki boleh pakai inai ke tak....?? inai mcm mana yg dibolehkan...?

Kdg2 bila aku baca blog2 hiburan, ramai org yg tiba-tiba menjadi ahli bijak pandai, menjadi mufti2 negeri yg menjatuhkan hukuman sesuka hati mereka tanpa membuat kajian langsung...sama mcm kes perkahwinan Ustat Don haritu....

Majlis pernikahan Ustat Don dan Isteri, Husna...
Credit to Beatifulnara.

Bila saya baca komen2, ramai yg mencemuh, mengapakah isteri Ust Don memakai inai bercorak....?? kenapa tiada org yg mempersoalkan....?? adakah sebab dia seorang Ustat dan penceramah agama yg dikenali...??Kenapa Ustat Don tidak menegur isterinya memakai inai menyerupai bangsa lain...?

Di sini saya nak kongsikan, hukum memakai inai yang saya ambil dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia...

(boleh click gmbr untuk bukti lebh lanjut)

*********************************************************************



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

  • Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.




  • Jelas semua...?? (ceh, mcm cikgu lak)..

    Diharap perkongsian saya pada hari ini dapat memberikan sedikit info pada yg lain.... :)

    *Jangan cepat menjatuhkan hukum tau..... >____<

    Salam Jumaat semua....

    .: DAA ~~~ :.

    3 comments:

    Saya Disini said...

    time kasih liza..nnti sy nk pakai inai

    Anonymous said...

    bile lah nk pakai inai di jari sendrik neyh..hikhik

    haLyZaQiut said...

    Saya Disini - heee....bereh2...

    Anon - hahaa..leh pakai bila2 masa jela...x semstinya sebab nk kawin keennn.... :D