Thursday, June 11, 2009

~ Kisah sedih bulan JUN ~



.: SALAM :.


JUNE / JUN.........


ada apa dengan bulan JUN...?

adakah kerana malam td mengesahkan yg 9 org positive H1N1...?
atau sejarah el-nino yg akan berulang kembali? (patutla jerebu semacam je skrg)
atau berita kat akhbar harini yang tajuknya "sanggup mati kerana cinta"?

mmm.....
mcm2 kan yg berlaku sepanjang 11 hari kita dalam bulan jun ni...

tp bulan ni selalu mengingatkan aku kepada banyak peristiwa....
kira antara bulan yg bersejarah gak la dalam hidup aku....
dan ada antara tarikh2 dalam bulan jun ni yang aku tak boleh lupakan dalam hidup aku...

ini kerana........
selain dari bufday rakan2 ku yg agak ramai dalam bulan jun mcm bufday affiq, syawal, aniq, then my cousin along....

antara tarikh yg ku ingati dalam bulan ini ialah

12 Jun 1981 - Anniversary papa dgn ibu (tahun ni yg ke 28 tahun).. heppy becoming anniversary my dear parent....

13 Jun 1982 - Birthday Aruah Abang ku yang sulong, my only elder brother...Mohd Razif B Sulaiman

15 Jun 2000 - Aruah abang ku menghembuskan nafas yang terakhir di hosp Batu Pahat akibat kemalangan jalan raya.... (AL-FATIHAH utk abg ku)

sedar x sedar dh 9 tahun abg ku pergi meninggalkan kami sekeluarga....

tapi rasanya baru sekejap td aku berjumpa dgnnya....
mmg kehilangannya sgt memberi kesan kepada keluarga aku ditambah lagi bilangan ahli keluargaku yang tidak ramai......
pemergian mengejutnya sgt memberi impak yg besar dalam diri kami....

aku masih ingt lagi betapa tak terdaya nya ibu menerima kenyataan waktu itu....
rebah terus di sisi katil abg ku....

ibu mengambil masa yg agak lama utk fully recovered dari kesedihan melampau....
abg sangat manja dgn ibuku....
mungkin sbb anak sulong....
ditatang bagai minyak yg penuh.....

papa agak terkilan kerana abg kecelakaan bersama motor baru yang papa belikan sempena hari jadi beliau....baru beberapa hari sahaja abg menggunakan motor tu...abg syg motor tersebut...hari2 abang lap x nak bgi kotor....

abg juga baru register kembali namanya dalam YAMAHA MUSIC school kerana abg merehatkan pengajiannya sebentar utk SPM....

semua ini berlaku terlalu pantas......
abg kemalangan dalam jam 2.00pm dan meninggal dunia pada jam 7.00 pm....

aku hanya sempat melihat abg di hospital kira2 1 jam sahaja....
itu pun abg sudah koma sebaik sahaja kemalangan berlaku....

mmm......
malang mmg tidak berbau....

tetapi aku dan keluarga harus yakin dan tabah dengan ketentuan Ilahi....

aku percaya yang Allah sgt menyayanginya....
oleh sebab itu Allah mengambil nya dahulu.....

abg sangat minat dgn music....
mungkin sebab ayahku juga minat music....
diperturun ke anak2nya....

abg belajar di YAMAHA music school sejak berusia 6 tahun lagi....
abg sgt hebat bermain ORGAN dan keyboard....
abg juga boleh bermain instrument lain sperti guitar, drum, etc...

sejak kecil abg byk menerima undangan bermain alat music....
aku selalu mengikut abg membuat persembahan....
aku sgt kagum dgn kebolehannya....

abg boleh bermain dgn baik lagu ISABELLA kalau x salah aku ketika abg berusia 6 tahun lagi...
abg juga berbakat dalam menggubah lagu....

abg sgt baik dgn aku.....
mungkin kerana gap aku dan adik aku 5 tahun....
maka aku lebih rapat dgn abg....

abg la yg menghntr dan mengambil ku di sekolah....
kawan2 ku sgt cemburu ketika itu....
kdg2 mereka dtg ke rumah kerana ingin melihat abg ku bermain organ....

pabila abg meninggal, organ di rumahku terus rosak...
mungkin ia tahu tiada siapa yg akn menggunakannya lagi...
aku dan adikku tidak mengikut jejak langkah abg ku menuntut di sek music...
aku hanya masuk ke kelas beberapa hari shj,kemudian aku refused...
begitu juga dgn adikku....

aku ingt lagi 1 peristiwa di mana aku meminta abg ku membelikan aku 1 log book....
masa kejadian hari sudah malam....
hampir jam 11 ku rasakan....
aku berdegil juga mahukan log book itu utk dibawa ke sekolah pada hari esok.....

abg turutkan jua kemahuan ku....
dalam perjalanan pergi ke kedai....
masih dalam taman perumahan aku, abg tergelincir di satu selekoh...
kerana ada sedikit construction di situ....
maka jalan licin disebabkan pasir yang banyak....

abg luka ketika itu....
bahagian baju di bahunya koyak dan kulit abg melecet di merata2 tempat....
paling teruk di bahu.....

tapi abg tetap bangun dan meneruskan perjalanan ke kedai kerana tidak mahu menghampakan aku.....
aku sgt berasa bersalah pada waktu ituu.......

aku mengalirkan air mata melihat abg....
abg tetap berkata "xpe2, sikit jer......"
janji abg dapat membelikan apa yg ku mahu......

aku sgt rindu akan abg.....
ramai org tersalah memanggil adikku (Arif) dengan nama abg ku (Razif).....

kami sekeluarga sudah biasa kerana mereka selalu mengatakan yg muka adikku saling tak tumpah mcm aruah abg ku.....

mmm yela kan....
adik beradik...mestila muka ada iras2....

Apa2 pun, aku selalu mendoakan agar Roh abg ku tenang dan aman di sana....
semoga sentiasa dicucuri RAHMAT oleh ALLAH S.W.T......
dan ditempatkan di kalangan orang yg SOLEH dan BERIMAN....
AMIN........

life must goes on....
no matter what....

tetiba teringat 1 petikan ayat.....

"Jika Allah memakbulkan doa kita dgn cepat, itu bermakna dia sayangkan kita..."
"Jika Allah memakbulkan doa kita dgn lambat, itu bermakna dia mahu menguji kita...."
"Jika Allah tidak memakbulkan langsung doa kita, itu bermakna dia ada perancangan yang lebih baik utk kita......."

yakinlah akan itu......

itulah serba sedikit sejarah hidupku dalam bulan JUN......



ok laa....

till then........

.: DAA ~~~ :.

8 comments:

♥M.I.Z.A♥ said...

Al-fatihah.....

Anonymous said...

hari yang hiba utk aku.petikan ayat itu elok utk santapanminda aku hari ni.ehek

haLyZaQiut said...

weenerism ni my junior ea kat arau...?
thanx baca blog ni..
salam berkenal2an...
hahaa...


fnd - mmm....hiba mmg hiba...
what to do...
go wit d flow...

Anonymous said...

alaa..ingat kau nak belanja eskrim ke apa..

♥M.I.Z.A♥ said...

=) a ah...junior anda...

nice blog....!

Anonymous said...

saya pun Junior seuniversiti anda

Anonymous said...

saya pun Junior seuniversiti anda..selalu nampak anda berdating dulu.tp tak berani nak tegur sebab rakan dating anda itu muka ketat.cewah tipu je.

haLyZaQiut said...

weenerism - thanx... (^_^)

fndi - alahai ko ni...nk eskrem la ape laa...
ko dlu kata nk blnja aku eskrem pun x blnja2 gak...
x baik tipu aku...

haha...aku x pernah dating kat arau dulu...
kalau ko nmpk tu, pelanduk 2 serupa...
hiikkss...